Friday, February 26, 2016

Kisah tentang pendapatan yang haram...

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin bertanya.

“lmam, saya adalah seorang perempuan yang sudah lama kematian suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk membesarkan anak-anak saya, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai sebagai buruh kasar dikesempatan masa yg ada.

Karena saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait benang itu saya lakukan apabila  bulan terang.”

Imam Ahmad rahimahullah mendengar dengan serius percakapan perempuan tadi. Perasaannya tersentuh mendengar ceritanya yang menyayatkan hati.

Beliau yang memiliki kekayaan lagi dermawann sebenarnya telah tergerak hati untuk memberi bantuan sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu hasratnya karena ingin mendengar semua ucapan si ibu tadi.

Si ibu tadi meneruskan cerita katanya...“Pada suatu hari, ada satu rombongan  kerajaan telah berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlah yang amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu?

Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu ianya adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang rosak akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi. Padahal jelas, wanita ini begitu miskin lagi fakir.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”

Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jawatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehingga adik kandungnya sendiri pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menyalahguna wang negara serta menyusahkan rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, lbu. sungguh, sehelai rambutmu yang terurai dari celahan jilbabmu jauh lebih mulia jika dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.

Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil sulaman itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…”

Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silakan engkau meminta apa saja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, nescaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”.

Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Thursday, February 25, 2016

Doa Hari Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمع
  
Assalamualaikum. Salam pagi jumaat bersamaan 17 Jamadil Awal 1437H. Muga diberkati oleh Nya jua. Alhamdulillah. Ya Allah kami ini sering melakukan apa yg kami suka, mudahkanlah, juruskanlah dan kazimkanlah kami melakukan apa yg Engkau suka, bukan sesuka hati kami. Dan berikanlah kami kepuasan dan ketenangan dlm melakukan nya serta dijauhkan drpd penyakit2 hati yang boleh merosakkan dan merugikan kami. Sila baca surah alkahfe di hari jumaat yg mulia ini. Muga segala usaha kita mendapat berkat serta keredhaan dari Nya jua. In sya Allah. Aameen.

Doa hari Jumaat

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari yg mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu utk melaksanakan segala tanggungjawab yg telah diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim. Jadikanlah alQuran itu penyuluh hati kami, tunjukkan jln yg benar utk kami ikuti, jelaskan perkara yg bathil agar kami jauhi, corakkan akhlak kami dgn sifat-sifat mahmudah n lindungilah kami   sifat-sifat mazmumah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami n seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

KITA MENGETAHUI...TAPI SYG, RAMAI DI ANTARA KITA TIDAK MENGAMALKAN..

Assalamualaikum...
Slm sehati sejiwa..
Sedikit perkongsian Tazkirah pg ni..
KITA MENGETAHUI...TAPI SYG, RAMAI DI ANTARA KITA TIDAK MENGAMALKAN..
 Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 x dalam sehari akan menghapuskan dosa2 kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan.
Akan tetapi syg, berapa byk hari kita yg berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.
 Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dgn pahala 360 sedekah...
Akan tetapi syg, hari berganti hari tanpa kita melakukan Sholat Dhuha.
 Kita mengetahui, bahawa org yg berpuasa Sunat karena Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari Api Neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan....
Tapi syg, kita tidak mahu menahan lapar.
 Kita mengetahui, bahwa siapa yg menjenguk org sakit akan diikuti oleh 70 ribu Malaikat yg memintkan ampun untuknya, tapi syg, kita belum juga menjenguk satu org sakit pun minggu ini.
 Kita mengetahui, bahawa siapa yg membantu membangun kan Masjid karena Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga...
Tapi syg, kita tidak tergerak utk membantu pembangunan Masjid walaupun hanya dgn beberapa ringgit.
 Kita mengetahui, bahawa siapa yg membantu Janda dan Anak Yatim, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti org yg berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau org yg Solat sepanjang mlm tanpa tidur.
Tapi syg, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun Anak Yatim.
 Kita mengetahui, bahawa org yg membaca satu huruf dari Al Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali.
Tapi syg, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dlm jadual harian kita & kita boleh mnghabiskn msa dgn mmbaca wsp, fb, telegram, twitter & sbagai.
 Kita mengetahui, bahwa Haji yg mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga, dan akan diampuni dosa2nya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh Ibunya.
Tapi syg, kita tidak bersemangat utk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
 Kita mengetahui, bahwa org Mukmin yg paling mulia adalah yg paling bnyk Solat Malam, dan bahwasanya Rasulullah SAW dan para Sahabatnya tidak pernah meremehkan Solat Malam di tengah segala kesibukan dan jihad mereka.
Tapi syg kita terlalu meremehkan Solat Malam.
 Kita mengetahui, bahawa Hari Kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yg ada di dlm kubur.
Tetapi syg, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
 Kita sering menyaksikan orang2 yg meninggal mendahului kita...
Tetapi syg, kita selalu hanyut dgn senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.
In Shaa Allah kita sama2 merenungknya agar kita TIDAK terus trgelincir d arus peredaran masa.
Tkasih kpd Allah krna mbuka pntu hati kita utk terus mmbaca.
Smga Allah mmbuka pintu hati kita utk trus mngamalknya.
Aminnn...

10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara