Wednesday, April 26, 2017

SUDAH BAIK KAH SAYA?

*"Baik kah saya"* walaupun selalu sholat 5 waktu serta tepat pada waktunya

*"Baik kah saya"* walaupun telah berhaji & umrah beberapa kali

*"Baik kah saya"* walaupun telah bersedekah setiap hari

*"Baik kah saya"* walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kpd orang lain yang berbuat salah.

*"Baik kah saya"* walaupun sudah pakai jubah, berjanggut dan menutup aurat dengan sempurna.

*"Baik kah saya"* walaupun setiap malam sholat Tahajjud, Witir, Hajat dan zikir

*"Baik kah saya"* walaupun  tiap hari ke masjid atau musholla utk shalat & menambah ilmu.

*"Baik kah saya"* walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

*"Baik kah saya"* walaupun setiap saat kita menolong orang lain.

*al-Quran, surah an-Najm ayat 32:*

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

*_"...........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) karena Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa_*

Aisyah (ra) ditanya orang *"Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "yaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "yaitu orang yang merasa dirinya buruk"*.

*_JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN._*

Karena kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

*Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.*

_Selalu letakkan diri kita dalam keadaan :_

*_"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku karena hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah"_*.

*_"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan mencuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik"_*.

Wujudkan *KEIKHLASAN* hindari *IRI & DENGKI*

Selalu mengharapkan *RIDHO  ALLAH*

Latih diri agar selalu *TAWADHU* jauhkan dari penyakit *UJUB & TAKABBUR*

Selalu perbaiki *_diri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang*_

Hanya Allah yang akan terus memberi kita *PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN*.

*Semoga setiap hari Allah selalu membimbing kita semua* .Aamiiinnn

Sunday, April 16, 2017

CINTA DUNIA

Sabda Rasulullah ﷺ "Hubbu dunya raksu kulli khati'ah" bermaksud "cinta dunia merupakan induk kepada segala kejahatan"

Disebabkan cinta dunia seorang manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan duniawi-nya bertambah walaupun ia adalah suatu perkara yang haram. Disebutkan bahwa ada kisah seorang lelaki menguburkan anjingnya di pekuburan kaum muslim. Sehingga, kerana diduga menistakan umat Islam, maka ia dilaporkan kepada pihak yang berwajib untuk diadili di hadapan hakim.

Sang hakim pun bertanya, "Benarkah Anda menguburkan bangkai anjing di pekuburan khusus untuk orang Islam?"

Tanpa ragu lelaki tersebut menjawab, "Ya, benar, Yang arif. Aku menguburkan bangkai anjing itu di pekuburan orang Islam, kerana anjing itu semasa hidup telah berwasiat seperti itu dan aku hanyalah berniat menjalankan wasiatnya."

Sang hakim yang nampaknya merasa diejek berkata dengan garang, "Anda berbuat salah dengan menguburkan bangkai anjing bukan pada tempatnya. Saya akan menghukum anda, dan sekarang, apakah anda bermaksud menghina hakim?"

Mendengar teguran keras dari sang hakim, maka lelaki itu membalas, "Maaf, Yang arif . Saya tidak bermaksud menghinamu, tetapi saya mohon izin menambahkan keterangan, bahwa anjing tersebut juga berwasiat agar saya memberikan sebahagian harta miliknya sejumlah 1000 dinar (wang emas) untuk Yang arif."

Tiba-tiba saja, setelah mendengar wasiat anjing tersebut, ekspresi wajah sang hakim menampakkan kegembiraan, dan dia berkata, "Sungguh ia seekor anjing yang baik, telah berwasiat dengan amal yang sangat baik. Tentulah anjing tersebut adalah keturunan anjing Ashabul Kahfi yang dijamin syurga itu."

Betapa sang hakim yang sejak awal mula garang sangat ingin menghukum, tiba-tiba suasana hatinya secepat kilat berubah ingin membebaskannya, hanya kerana ada "syaiun 'ajib (sesuatu yang aneh)", sehingga dia pun segera mendapatkan dalil bahwa anjing tersebut adalah keturunan anjing Ashabul Kahfi, sebagai dalih untuk membenarkan keputusannya.

Begitulah, kadangkala para hakim itu bekerja mengikuti jalan fikirannya sendiri, yang amat mungkin dipengaruhi oleh cinta dunia yang mengusai jiwanya.

Semoga Allah membebaskan jiwa kita dari cinta dunia dan memenuhinya dengan cinta Allah dan Rasul ﷺ.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

TAK KAN KERANA BERBEZA PEMAHAMAN TERHADAP BID'AH KITA NAK BERPECAH??

Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya sebaik baik perkataan adalah kitabullah, sebaik baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW dan seburuk buruk perkara baru itu bid'ah, setiap bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya neraka" [HR Muslim]

Hadith diatas merupakan dasar ilmu bagi perbincangan dan perbahasan terhadap bid'ah.

Pengertian dari sudut bahasa, bid'ah disepakati oleh para ulama' bahawa ia bermaksud "apa sahaja perbuatan melalui perkataan ataupun amalan yang baharu adalah bid'ah".

Pengertian dari sudut istilah pula, bid'ah difahami serta dihuraikan oleh para ulama' dalam pelbagai kefahaman menurut ijtihad masing masing. Oleh kerana kepelbagaian kefahaman oleh para alim ulama' inilah yang menyebabkan wujud kelompok umat islam yang berpegang kepada pendapat tertentu sahaja sehinggakan berlaku perpecahan.

Mari kita selidiki pandangan para alim ulama' :

(1) Imam Ibrahim bin Musa As Syatibi (Imam Syatibi) mendefinasi bid'ah sebagai : "Bid'ad itu suatu cara dalam agama (akidah dan ibadah) yang direka menyerupai syariat syariat dan dimaksudkan dalam melakukannya untuk berlebih lebih dalam beribadah kepada Allah SWT."

(2) Imam Syafie Rahimahullah mendafinasi bid'ah sebagai : "Bid'ah itu ada dua jenis iaitu bid'ah yang terpuji dan bid'ah yang tercela. Apa apa yang selari dengan sunnah maka ianya bid'ah yang terpuji dan apa apa yang bercanggah dengan sunnah ianya tercela."

(3) Iz bin Abd Salam mendefinasi bid'ah sebagai : "Bid'ah ialah sesuatu perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW dan ia terbahagi kepada bid'ah wajib, bid'ah haram, bid'ah sunat, bid'ah makruh dan bid'ah harus."

(4) Imam An Nawawi Rahimahullah mendefinasi bid'ah sebagai : "Bid'ah pada syarak ialah mengada adakan sesuatu yang tidak ada di zaman Rasulullah SAW dan ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu bid'ah hasanah dan bid'ah qabihah (bid'ah yang keji).

(5) Ibn Al Atsir Rahimahullah mendefinasi bid'ah sebagai : "Bid'ah itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu bid'ah Huda dan bid'ah Dhalalah."

(6) Abdul Aziz bin Baz mendefinasi bid'ah sebagai : "Bid'ah ialah ibadat yang baru yang tidak dibawa oleh syariat. Semua bid'ah adalah sesat serta ia tidak ada pembahagian (baik atau buruk)."

(7) Muhammad bin Soleh Al Usaimin mendefinasi bid'ah sebagai : "Dan tidak ada dalam agama bid'ah hasanah selama lamanya, sunnah yang baik ialah perkara yang selari dengan syarak."

Melalui definasi para alim ulama' diatas, bid'ah merupakan perkara "ijtihadi" dan bukan perkara "qat'ie" yang mana seseorang boleh memilih pandangan yang mereka suka daripada alim ulama' dalam memahami bid'ah.

Adalah sama sekali tidak adil bagi golongan yang memilih hanya satu padangan ulama' sahaja dalam memahami bid'ah dan memaksa orang lain untuk menerima pandangan mereka sahaja.

Contoh : -
Pak Wahab berpegang serta cenderung hanya kepada pandangan Imam As Syatibi dan pandangan Abdul Aziz bin Baz serta menolak langsung pandangan ulama' lain. Apa yang berlaku, fitnah dan tuduh menuduh diantara Pak Wahab dengan masyarakat yang tidak sepandangan dengan dia.

Pak Dollah pula berpegang serta cenderung hanya kepada pandangan Imam Syafie dan Imam An Nawawi sahaja dan tidak mahu endah kepada pandangan alim ulama' yang lain. Natijahnya, berlakulah fitnah dan tuduh menuduh diantara Pak Dollah dengan masyarakat yang tidak sehaluan dengannya.

Maka kita melihat pada contoh diatas ini gambaran bahawa mereka bercakaran serta mempertahankan hujah masing masing tanpa berlapang dada terhadap pandangan orang lain yang akhirnya berlakulah perpecahan yang sia sia.

Mana tidaknya , Pak Wahab mengatakan solat tidak perlu baca "Usolli" ia bid'ah dan sesat kerana Rasulullah SAW tidak buat. Maka siapa baca "Usolli" dia adalah sesat dan akan masuk neraka.

Pak Dollah pula mempertahankan hujahnya dengan mengatakan solat boleh baca "Usolli" kerana walaupun Rasulullah tidak buat tetapi dengan membaca "Usolli" ketika hendak solat boleh menarik focus seseorang untuk niat dengan betul. DaAkhi Adif Gorment:
n membaca "Usolli" tidak bercanggah dengan syariat dan ia adalah bid'ah hasanah.

Oleh kerana percakaran samada boleh baca "Usolli" atau tidak ini telah memecahbelahkan Pak Wahab dan Pak Dollah. Mereka yang sepatutnya boleh solat berjemaah bersama sama akhirnya solat sendirian yang mana masing masing merasakan solat yang dilakukan itulah yang betul dan diterima oleh Allah. Sedangkan sekiranya mereka ini faham, solat kedua duanya adalah sah dan akan diterima oleh Allah.

Alangkah baiknya sekiranya Pak Wahab dan Pak Dollah berlapang dada masing masing menerima pandangan antara satu sama lain. Sudah semestinya solat boleh dilakukan berjemaah dan mendapat pahala ganjaran yang lebih banyak pula. Diluar solat mereka juga boleh bertukar tukar pendapat tentang memahami bid'ah yang mana akhirnya mereka sama sama memperolehi ilmu kefahaman yang lebih luas lagi tentang permasalahan bid'ah.

Jika diteliti lebih dalam lagi permasalahan terhadap perkara menentukan perihal bid'ah ini, masyarakat telah sekian lama berpecah belah yang membawa kepada pergaduhan yang berpanjangan. Media sosial adalah antara saksi perbalahan dan percakaran mereka. Fitnah memfitnah, tuduh menuduh sehingga kafir mengkafir antara satu sama lain. Masing masing juga menunjukkan hero dengan hujah hujah mereka.

Situasi inilah yang dinanti nantikan oleh pihak yang memusuhi islam. Dan kerana pergaduhan inilah umat islam menjadi lemah dan tidak pula bersatu. Jika datang pelbagai bentuk ancaman pemikiran daripada musuh islam, ia sudah semestinya tidak dapat ditangani oleh umat islam dalam persefakatan yang kukuh dan akhirnya akan kalah.

Cuba kalian fikirkan, sekiranya permasalahan terhadap menentukan bid'ah ini dihadapi dengan penuh berlapang dada maka walaupun kita berbeza pandangan dalam menentukannya, masing masing tetap dalam keadaan menghormati antara satu sama lain bahkan menjadikan sandaran ilmu dan rujukan juga untuk umat islam yang akan datang.

Para alim ulama' telah lama berlapang dada terhadap permasalahan dalam menentukan sesuatu perkara tetapi yang mencetuskan ketaksuban dan salah tafsir terhadap sesuatu perkara itu sendiri adalah dari orang orang yang datang selepas mereka sehinggalah ke hari ini.

Perpecahan dikalangan umat islam khususnya di Malaysia wajib dielakkan. Ini kerana kita mendepani masalah yang lebih kronik lagi seperti masalah jenayah dan sosial yang meminta kita mengutamakan penyelesaiannya berbanding perbalahan terhadap bid'ah. Malahan lebih elok juga kita bincangkan perkara seperti bagaimana untuk menangani masalah ramai umat islam yang tidak mahu solat.

Akhir kata :
Jauhilah perselisihan yang boleh membawa kepada perpecahan umat islam. Wallahua'lam

[Fahami Bid'ah Jauhi Perpecahan]

Thursday, April 13, 2017

Kiamat Pasti Datang

Kepada teman-teman yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai Link untuk panduan semua.
Selamat menonton dan sebarkan ilmu. semoga beroleh manfaat.

1. Ep 1 - Penciptaan Alam https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2188547178036559/

2. Ep 2 - Kiamat ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2188734548017822/

3. Ep 3 - Utusan Allah https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2189390401285570/

4. Ep 4 - Fasa Masa ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2190122634545680/

5. Ep 5 - Kejatuhan Empayar Uthmaniyah https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2192357950988815/

6. Ep 6 - Kerajaan yang Menyombong! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2193257597565517/

7. Ep 7 - Taqdir Baru Dunia! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2194822787408998/

8. Ep 8 - Jemaah Dajjal ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2195632813994662/

9. Ep 9 - Kesengsaraan di akhir zaman! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2198667263691217/

10. Ep 10 - Isyarat Mata Satu! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2199611160263494/

11. Ep 11 - New World Order! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2200293820195228/

12. Ep 12 - Konspirasi pergolakan semenanjung Arab! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2202311013326842/

13. Ep 13 - Asap Ad Dukhan! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2205307299693880/

14. Ep 14 - Musnahnya Tamadun Dunia! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2206214656269811/

15. Ep 15 - Imam Mahdi ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2208279202730023/

16. Ep 16 - Pemerintahan Al Mahdi ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2219053458319264/

17. Ep 17 - Kemunculan Dajjal ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2219721481585795/

18. Ep 18 - Pemerintahan Dajjal ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2220499608174649/

19. Ep 19 - Turunnya Nabi Isa as https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2222008708023739/

20. Ep 20 - Hakikat Yakjuj Makjuj ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2225873210970622/

21. Ep 21 - Era Fasa ke 5 ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2226598324231444/

22. Ep 22 - Matahari terbit dari Barat! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2227337064157570/

23. Ep 23 - Binatang Dabbah ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2229763417248268/

24. Ep 24 - Angin yang menghembus! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2230523070505636/

25. Ep 25 - Kembalinya Kejahatan ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2231306147093995/

26. Ep 26 - Bumi akan Tenggelam ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2232006477023962/

27. Ep 27 - Api yang menghalau Manusia! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2232758466948763/

28. Ep 28 - Kiamat Versi Sains ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2235105783380698/

29. Ep 29 - Tiupan Sangkakala! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2235906546633955/

30. Ep 30 - Kekuasaan Allah jua! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2236740639883879/

Jangan lupa share !! :)

Luar Biasa Bagi Yang Membaca Al-Qur'an

Assalammualaikum wbt.

Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

Berkata Al-imam Qurtubi:
"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.
"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah:
"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an,  maka oleh karena itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

Berkata Abu Zanad:
"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-qur'an".

Berkata Shaikhul Islam ibnu Taimiyyah: "tidak ada sesuatu yang lebih bisa memberikan nutrisi otak, kesegaran jiwa, dan kesehatan tubuh serta mencakup segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullah ta'ala".

Bergantunglah pada Alqur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan.
Allah berfirman: "ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mau mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebagian ahli tafsir
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar mberikan taufiqnya kepada kita semua untuk selalu membaca Al-qur'an dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada Alqur'an maka sebarkanlah.....

Monday, April 10, 2017

Mengapa Orang Kafir Sebaik Mana Pun Tetap Dimasukkan Ke Dalam Neraka

Mengapa orang kafir sebaik mana pun tetap dimasukkan ke dalam neraka.

Jawapan yang membuat seorang pemuda terdiam.

Pemuda: Ada seorang yang terlalu baik, anti rasuah, membina masjid, rajin menderma sehingga hidupnya dikorbankan untuk menolong orang, lalu suatu hari telah meninggal dunia dan dia bukanlah seorang muslim. Dia akan masuk syurga atau neraka ?

Dr. Zakir Naik:
Neraka.

Pemuda: Eh ? Kan dia orang baik. Kenapa masuk neraka ?

Dr. Zakir Naik:
Kerana dia bukan Muslim.

Pemuda: Tapi dia orang baik. Ramai orang dapat manfaat dan bantuan disebabkan dia, bahkan umat islam juga. Malah pembinaan masjid. Apakah jahat kah tuhan kalau orang sebaik dia dimasukkan ke dalam neraka juga.

Dr. Zakir Naik:
Allah swt tidak jahat, tapi hanya adil.

Pemuda:
Adil dari segi mana ?

Dr. Zakir Naik:
Kamu sekolah setakat mana ?

Pemuda: Saya ini master sains lulusan USA,  kenapa ?

Dr. Zakir Naik:
Bagaimana kamu boleh mendapat lulusan master sains dari USA ?

Pemuda: Kerana saya belajar di sana. Pelajar lulusan universiti sana.

Dr. Zakir Naik:
Apakah nama kamu didaftarkan di sana. Kamu mendaftar ?

Pemuda: Ya, terang jelas, ijazah nya masih baru.

Dr. Zakir Naik:
Sekiranya waktu itu kamu tidak mendaftar, tapi kamu tetap ke sana, hadir setiap kuliah, senyap2 ambil peperiksaan, malah kamu telah mendapat markah yang sempurna, adakah kamu akan mendapat ijazah. ?

Pemuda: Tentu tidak. Itu namanya mahasiswa haram, walaupun dia bijak, dia tidak berdaftar sebagai mahasiswa, universiti mempunyai peraturan nya.

Dr. Zakir Naik:
Bermakna universiti kamu itu jahat, ada orang yang begitu bijak tidak diberikan ijazah hanya kerana semata-mata tidak mendaftar ?

Pemuda: Terdiam.

Dr. Zakir Naik:
Bagaimana ?

Pemuda: Ya. Itu bukan jahat. Itu adalah peraturan. Mahasiswa itulah yang bersalah kerana dia tidak mahu mendaftar, akibatnya dia tidak mendapat ijazah dan gelaran resmi dari kampus.

Dr. Zakir Naik:
Lihatlah. Universiti pun mempunyai peraturan nya sendiri, apatah lagi peraturan dunia dan akhirat ini. Kalau syurga diibaratkan ijazah, dunia ibarat bangku kuliah, maka syahadah ibarat pendaftaran. Maka tidak mungkin kita akan diakui dan mendapat ijazah, walaupun kita mengikuti kuliah dan mampu melaluinya dengar gemilang. Ini adalah peraturan. Menerapkan nya bukanlah kejahatan tetapi merupakan keadilan.

Pemuda: Terdiam. Tanpa berkata2.

Sunday, April 9, 2017

JANGAN LUPA DOAKAN KEDUA ORANG TUAMU

Inna lillahi Wainna Ilaihi Rajiuun

. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.
اَلّٰلهُمَّّ اغْفِرْ لَهُ وَرْحَمْهُ.. وَعَافِهِ وَعْفُ عَنْه.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum

*MUHASABAH DIRI*

Laksanakanlah TAUBAT walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah An-Nahl  Ayat 119:

ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا إِنَّ رَبَّكَ مِن بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Lakukan TAUBAT dengan kadar SEGERA sebelum hadirnya kematian, hidup kita tidak dapat diJAMIN masih ada utk esok,minggu ini,bulan ini ataupun tahun ini.

Surah Al-Jumu'ah  Ayat 8:

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan  (serta membalasnya)”.

Surah Yunus  Ayat 49:

قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي ضَرًّا وَلَا نَفْعًا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۗ لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۚ إِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَلَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya”

Kebanyakan manusia hari ini suka bertangguh. Jam bertukar hari, hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun.Namun tetap tak berbuat utk mulakan TAUBAT.
puncanya:

Surah An-Nahl  Ayat 63:

تَاللَّهِ لَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَهُوَ وَلِيُّهُمُ الْيَوْمَ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu
SYAITAN MERPERELOKKAN PADA PANDANGAN MEREKA YG INGKAR AKAN PERBUATAN MEREKA YG BURUK ITU ;
maka dia lah  ( Syaitan )  menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Maka carilah Kecintaan Alllah kpd diri kita.

Surah An-Nahl  Ayat 128:

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوا وَّالَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Doa utk dijauhkan dpd api neraka:

Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar

BASAHKAN LIDAH DGN BERSELAWAT UTK DAPATKAN  SYAFAAT NABI DI AKHIRAT KELAK.

🌹اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
🌹اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
🌹اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

KEMENANGAN DAN KEJAYAAN BAGI MEREKA YANG MENTAATI ALLAH SWT

Akhi Adif Gorment:
📌Tazkirah Ringkas

📑KEMENANGAN DAN KEJAYAAN BAGI MEREKA YANG MENTAATI ALLAH SWT.

Firman Allah SWT :

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
[Surat An-Nur 52]
‎Terjemahan :
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."

📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti

Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com

SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH

Assalam...
Di Malaysia
- anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang/geran tanah, rumah dan harta yang lainnya...

Tapi,
Di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya... masya Allah

-------------

SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH

👥 Dua Orang Adik Beradik (Di Saudi Arabia) Bergaduh dan Merebut Hak penjagaan ibu  Hingga ke Mahkamah.

⚖ Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dgn air mata yg bercucuran air mata hingga membasahi janggutnya...

🔨 Kenapa?

Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah!!! 

⚔ Tentang apakah kekalahan dgn saudaranya??

Tentang tanah ??

atau harta???

👋 Bukan kerana itu semua!!

💝Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yg sudah tua & bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yg telah kusam,, 

Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yg selama ini menjaganya,,

Tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yg tinggal di kota lain,

Untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dll di kota jauh lebih baik daripada di desa,, 

🗣 Namun Hizan menolak dgn alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya.

Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, hingga berlarutan ke mahkamah!! 

Sidangpun bermula,, hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah.. 

👥Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yg sudah tua yg beratnya sudah tdk sampai 40 Kg!!

Hakim bertanya kpdnya, siapa yg lebih berhak tinggal bersamanya.

Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk ke Hizan,
“Ini mata kananku!”

Kemudian menunjuk ke adiknya sambil berkata,
“Ini mata kiriku!!

🔎Hakim berpikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan,
berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu!! 

🏅Betapa mulia air mata yg dikeluarkan oleh Hizan!!

Air mata penyesalan kerana tdk dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut!!

Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu!! direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini,,!! 

💎Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya!! 

🏆 Ini adalah pelajaran & pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua,, dizaman yg sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka,, 

✅ _“Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya!!”_

Aamiiin!!!

*Aamiin ya Rabbal'alamiin*

TULANG UTAMA

*Manusia sempurna ada 17 kerat TULANG utama yang mendirikan badannya. Adapun 17 kerat TULANG utama itu letaknya sebagaimana berikut :-*

*4 kerat TULANG di KEPALA (Dahi, Pipi Kanan, Dagu, Pipi Kiri)*

*2 kerat TULANG di LEHER (Tengkok, Selangka)*

*3 kerat TULANG di DADA (Rusuk Kanan, Pinggul, Rusuk Kiri)*

*4 kerat TULANG di TANGAN (Bahu Kanan, Lengan Kanan, Bahu Kiri, Lengan Kiri)*

*4 kerat TULANG di KAKI (Peha Kanan, Betis Kanan, Peha Kiri, Betis Kiri)*

*Cuba :-*

*Bandingkan pula dengan bilangan SOLATMU setiap hari. Adapun SOLAT WAJIB ke atas setiap manusia Islam adalah sebagaimana berikut :-*

*4 rakaat SOLAT waktu ISYAK*
*2 rakaat SOLAT waktu SUBUH*
*3 rakaat SOLAT waktu MAGRIB*
*4 rakaat SOLAT waktu ZOHOR*
*4 rakaat SOLAT waktu ASAR*

*Inilah dalilnya kenapa 17 rakaat SOLAT itu WAJIB ke atas setiap manusia .*

*Nyata :-*

*1 kerat TULANG mewakili 1 rakaat SOLAT .* *Sebagaimana 17 kerat TULANG utama dibawa kemana saja tanpa ditinggalkan, WAJIB 17 rakaat SOLAT didirikan tanpa ditinggalkan untuk jadikan 1 lembaga lengkap manusia sempurna sebagaimana duduk berdirinya kamu kini .*

*Jika :-*

*Tertinggal 1 waktu SOLAT, ibarat kata hilanglah 1 bahagian TULANG utama dan runtuhlah rupa sempurna manusia itu .*

*Benarlah :-*

*Sabda Nabi yang maksudnya :-*
*" SOLAT itu tiang agama ".*

*Siapa tertinggal SOLAT seperti ia runtuhkan tiang agamanya kerana berdirinya agama di muka bumi adalah kerana manusia .*

*Adapun :-*

*17 kerat TULANG ini juga untuk ingatkan tentang MASA jagamu dalam sehari harus 17 jam, yakni :-*

*3 jam JAGA di awal MALAM (Waktu MAGRIB dan ISYAK)*

*2 jam JAGA di awal SIANG (Waktu SUBUH)*

*12 jam JAGA di SIANG hari (Waktu ZOHOR dan ASAR)*

*Selebihnya 7 jam lagi untuk berehat (Waktu TIDUR) bagi 7 anggota badanmu itu .*

*Begitulah :-*

*Allah mengajarmu uruskan masa tanpa disedari melalui ibadat SOLATMU !!!*

*BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH .*

*______________*

Saturday, April 8, 2017

Perihal Kematian Yang Meruntun Jiwa

Antara ribuan komen tentang kematian, ada 1 komen yg sgt meruntun jiwa..Semoga kita sama2 dapat membacanya.

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tazkirah KEMATIAN di atas Semoga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku... kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Saya ingin memohon maaf
atas apa jua kesalahan.

■SALAM SILATULRAHIM

Tuesday, April 4, 2017

KUNCI LANCARNYA REZEKI SUAMI ADA PADA ISTERI

Masyaallah! Ternyata Ini 10 Sifat Isteri Yang Membuat Rezeki Suami Mengalir Dengan Sangat Deras

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahwa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat secara mata kasar, tetapi dapat dijelaskan secara spiritual bahawa 10 karakter isteri ini ‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.

1. Isteri yang pandai bersyukur
Istri yang bersyukur atas semua karunia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk juga rezeki. Miliki suami, bersyukur. Jadi ibu, bersyukur. Anak-anak dapat mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami istri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di waktu seseorang bertawakkal pada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.

“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).

Bila seseorang isteri bertawakkal pada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selamanya harus langsung diberikan pada wanita itu. Boleh jadi Allah akan memberi rezeki yang banyak pada suaminya, lalu suami itu memberi nafkah yang cukup pada dirinya.

3. Istri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan kalau wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, niscaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Beruntung itu beruntung didunia dan di akhirat. Beruntung didunia, salah satu aspeknya yaitu dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat pada Allah namun rezekinya lancar? Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi kerana taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah lalu mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Istri yang banyak beristighfar
Diantara keutamaan istighfar yaitu mendatangkan rezeki. Hal semacam itu dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12. Kalau dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).

*. Istri yang gemar silaturahim
Istri yang gemar menyambung silaturahim, baik pada orang tuanya, mertuanya, sanak familinya, serta saudari-saudari seaqidah, pada dasarnya dia tengah menolong suaminya membuat lancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Istri yang suka bersedekah
Istri yang suka bersedekah, beliau jua dalam intinya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Kerana keutamaan sedekah misalnya dijelaskan pada surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali lipat. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.
Apabila istri yang mendapat  nafkah dari suaminya, lantas sebahagiannya dia pakai untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Namun mungkin saja dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).

7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan beliau bakal mendapatkan rezeki menurut arah yang tidak disangka-sangka. Misalnya firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya apabila seseorang ingin menerima suatu hal, dia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Beliau tidak dapat mendapatkan sesuatu itu tetapi dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan cuma bersandar kepada usaha manusiawi namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa dalam Allah buat suaminya tentu Allah akan mengabulkannya.
“DanTuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan” (QS. Ghafir : 60).

9. Istri yang suka solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara beserta 360 sedekah buat menukar hutang sedekah setiap persendian. Solat dhuha empat rakaat, Allah bakal mengklaim rejekinya sepanjang hari.
“pada pada tubuh insan ada 360 sendi, yg seluruhnya mesti dikeluarkan sedekahnya. ” Mereka (beberapa sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah? ” dia menjawab, “Engkau bersihkan kahak yang ada dalam masjid merupakan sedekah, engkau menyingkirkan suatu hal yang Mengganggu menurut jalan yaitu Jadi apabila engkau tidak menemukannya (sedekah sebesar itu), jadi dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu. ” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput berdasarkan empat rakaat di awal harimu, pasti Aku cukupkan untukmu pada sepanjang hari itu. ” (HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat serta melayani suaminya
Salah  satu kewajipan isteri pada suami yaitu mentaatinya. Sepanjang perintah suami tak dalam rangka mendurhakai Allah serta RasulNya, isteri hendaklah mentaatinya.
Apa hubungannya beserta rezeki? Ketika seorang isteri taat dalam suaminya, jadi hati suaminya juga damai dan hening. Ketika hatinya damai, dia sanggup befpikir lebih jernih dan kreativitinya ada. Semangat kerjanya juga aktif. Ibadah juga lebih damai, rezeki mengalir lancar.

[reportaseterkini.net]

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

Sunday, April 2, 2017

MARI MENGENAL ALLAH

Allah adalah Tuhan yang esa, maha kuasa. Sang Pencipta, tiada diciptakan jua tidak sama dengan ciptaan. Tiada permulaan lagi kesudahan. Tiada beranak dan diperanakkan dan maha suci Ia daripada apa-apa disekutukan makhlukNya.

Dewasa ini kita sering lihat komen-komen yang jahil agama di media massa tentang zat dan sifat Allah. Ada yang berkata Allah ini suatu getaran. Hati yang sepatutnya bergetar apabila ia mengingati Allah.

Subhanallah! Allah kita bukan seperti Allah fahaman Hindu; jelmaan Avatar seperti Vishnu dan Krishna, jua bukan lemah daripada tipu daya seperti fahaman kaum Viking terhadap Odin apabila ditipu ia oleh Loki. Allah kita bukan tiga dalam satu seperti fahaman kaum Nasrani dan bukan lemah kepada kuasa kejahatan seperti dualisma fahaman kaum Majusi dalam penyembahan mereka terhadap Ahura Mazda.

Allah kita tidak bersemayam di tempat fizikal seperti fahaman kaum Yunani purba terhadap dewa-dewa mereka di gunung Olympus. Allah kita tidak ditipu Syaitan seperti fahaman kaum Nasrani pada Isa (A.S.) di Gethsemane. Allah kita bukan bersifat tidak endah terhadap makhlukNya seperti fahaman sesetengah kaum Agnostik. Allah kita tidak menciptakan makhlukNya sebagai suatu permainan yang sia-sia seperti fahaman sesetengah ahli falsafah.

Allah kita adalah Tuhan maha pengasih, maha penyayang, diciptakan manusia serba kekurangan supaya faham mereka akan kesempurnaan Tuhan. Apabila faham makhluk akan ma’na penciptaan dirinya, maka sedarlah mereka bahawasanya sifat-sifat haiwani diri mereka sentiasa membawa kepada kesengsaraan dan kedukaan, dan semoga mereka dapat menempuh jalan kebahagiaan hakiki dalam pengabdian diri mereka pada Tuhan dan pada jalan-jalan yang diredhai Tuhan.

Dan Allah tidak sekali-kali menghampakan hamba-hambaNya yang Ikhlas mengabdikan diri mereka kepadaNya, bahkan Allah amat rindu akan rintihan-rintihan hamba-hambaNya yang soleh, bermunajat kepadaNya di tengah malam ketika mana makhluk-makhlukNya yang lain alpa dalam tidur mereka manakala sesetengah pula sibuk dalam ma’siat-ma’siat mereka terhadapNya. Allah tidak jemu mendengar doa-doa sang pendosa yang sentiasa berdosa dan kembali kepadaNya. Mulut orang-orang yang berpuasa Ikhlas keranaNya lebih harum disisiNya daripada haruman kasturi.

Ramai bertungkus-lumus, kerja siang-malam mencari dunia; disangkakan kegembiraan ada disana, tetapi malam tidur tidak lena, asyik memikirkan harta. Ada yang sibuk menjaga estetik diri, ratusan-ribuan habis pada produk kecantikan, seolah-olah seperti ia akan hidup selamanya.

Ada yang berfoya-foya, mengejar perempuan sini-sana, menjadi makhluk jijik diwaktu tua. Dalam kesibukan mengejar dunia, sedar tidak sedar waktu menjadi korban, zaman muda jauh ditinggalkan, sanak-saudara habis dipincangkan, kesihatan makin berkurangan dan akhirnya diwaktu tua, penuh kesesalan.

Peringatan buat diri saya yang Haqir dan Fakir khususnya; Dunia ini binasa belaka, yang tinggal hanya Allah maha esa, maha kuasa dan Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan hambaNya yang sentiasa kembali kepadaNya; kelak akan dibangkitkan mereka bersama para-para nabi, para-para yang benar, para-para yang shahid dan para-para yang soleh.

'Ya Allah, Tuhan maha pengasih lagi maha penyayang, golongilah kami bersama mereka.'

Oleh: Maulana Yusuff Muzaffar

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen