Saturday, May 13, 2017

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum

BERHIJRAHLAH dpd kejahilan kpd kebijaksanaan, keburukan akhlak kepada kebaikan akhlak, lemah iman kpd kekuatan iman serta perkara-perkara positif yg disyariatkan Allah SWT. TINGGALKANLAH perkara-perkara keduniaan yg melekakan dan merugikan balasan akhirat kita seperti bersikap kejam, sombong, malas, khianat dan bermacam-macam lagi perkara negatif.

MATLAMAT AKHIRAT KITA SYURGA DAN PASTIKAN KITA PADA LALUAN YANG BETUL.

Surah Al-Hajj  Ayat 58:

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.

Surah Al-Hajj  Ayat 59:

لَيُدْخِلَنَّهُم مُّدْخَلًا يَرْضَوْنَهُ ۗ وَإِنَّ اللَّهَ لَعَلِيمٌ حَلِيمٌ

Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke tempat yang mereka sukai (Syurga), dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

BANYAKKAN BERISTIGHFAR
  memohon keampunan kpd Allah atas dosa yang kita lakukan.Istghfar terpendek yang biasa dibaca sebanyak 3x oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam selepas shalat:

“أَسْتَغْفِرُ الله”

“Astaghfirullah.” (Aku memohon ampun kepada Allah)

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَة

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.

Doa utk dijauhkan dpd api neraka:

Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar

Sunday, May 7, 2017

REZEKI KITA DITURUNKAN KERANA ORANG LAIN

Ustaz Shahril Long, seorang pendakwah terkenal, ketika menziarahi saya di rumah kelmarin, menyebut satu hadis mengenai dua beradik yg datang bertemu Rasulullah. Saya kongsikan di sini.

Dalam Sunan At-Tirmidzi dikisahkan,

كَانَ أَخَوَانِ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِى النَّبِيَّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْآخَرُ يَحْتَرِفُ، فَشَكَا الْمُحْتَرِفُ أَخَاهُ إِلىَ النَّبِيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ

“Ada dua orang bersaudara di zaman Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam, yang seorang datang kepada Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam (untuk belajar), sedangkan yang seorangnya lagi bekerja (menanggung nafkah saudaranya). Maka orang yang bekerja ini mengeluhkan kepada Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam tentang saudaranya. Nabi pun bersabda, “Boleh jadi kamu diberi rezeki karenanya (ia menuntut ilmu agama).”
HR. At-Tirmidzi no. 2345,

Maksud hadis ini menceritakan dua beradik, yg seorang sedang menuntut dan yg seorang bekerja menyara yg menuntut ilmu. Yg bekerja inilah yg mengadu kpd nabi seolah terasa kurang berpuashati, tetapi nabi memberi jawapan mungkin rezeki yg diperolehi mereka datangnya kerana saudaranya yg menuntut ilmu.

Banyak orang yg berada dlm situasi hadis ini, ibubapa yg menanggung anak belajar, abang atau kakak yg menanggung adik belajar, bapa atau ibu saudara yg membantu anak saudara belajar, dan seterusnya. Jadikan hadis ini sebagai dorongan untuk kita terus membantu dan menginsafi bahawa mungkin rezeki kita diturunkan kerana kita membantu mereka.

Situasi yg ditunjuk dlm hadis ini boleh juga diluaskan kpd aspek lain. Majikan jangan merasa kita memberi pekerjaan dan pendapatan kpd pekerja kita, tetapi sebaliknya mungkin rezeki kita diberi oleh Allah menerusi pekerja kita, hakikatnya kita berkongsi rezeki dgn pekerja kita.

Allah beri rezeki pekerja dan anak pinak mereka menerusi usaha niaga kita, maka berkongsilah kita dg pekerja, bayar upah dan gajinya seperti dijanjikan dan berilah bonus sebagai tambahan berkongsi rezeki dari Allah. Jangan menyombong diri seolah pekerja yg menumpang rezeki kita, mungkin kita yg menumpang rezeki mereka, jd jangan tamak, jangan polok semua hasil dlm mulut kita shj.

Jika kita pegawai tinggi, jangan mendabik dada dan sombong kpd pekerja bawahan kerana rezeki kita mungkin diturunkan kerana pekerja bawahan kita, bukan kerana kepandaian kita, ijazah berjela. Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ

“Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki karena (berbuat ihsan) kepada kaum dhu’afa  (orang-orang lemah) di antara kamu.”
HR. Bukhari

Jika seorang guru atau ustaz, jangan dihina, diherdik, dihukum pelajar berlebihan kerana mungkin rezeki kita diturunkan Allah kerana pelajar yg kita mengajar, kerana mereka nak belajarlah kita ada pekerjaan.

Jika anda doktor, rezeki anda mungkin kerana adanya pesakit. Jika seekor kucing jalanan menumpang tidur di koridor rumah, janganlah dihalau, dipukul, tetapi berbuat baiklah kpdnya kerana mungkin ia penyebab Allah turunkan rezeki kpd kita, jika burung bersarang di bumbung rumah biarlah ia menumpang berteduh kerana mungkin Allah beri perlindungan kpd kita kerana burung tersebut.

Ingatlah, Allah Ta’ala berfirman,

وَمَآأَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Saba’: 39)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ ، فَيَقُوْلُ أَحَدَهُمَا : اللَّهُمَّ أَعطِ مُنْفِقاً خَلَفاً، وَيَقُولُ الآخَرُ : اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكاً تَلَفاً

“Tidak ada satu hari pun, di mana seorang hamba melalui pagi harinya kecuali dua malaikat turun, yang satu berkata, “Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang berinfak”, sedangkan malaikat yang satu lagi berkata, “Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang bakhil.”
HR. Bukhari dan Muslim

Saya nak mengajak anda merenung diri kita secara melihat di sebalik kebiasaan, jika selama ini kita berfikir diri kitalah menghasil rezeki dgn kepandaian, kepakaran dan usaha kita, mari kita lihat hakikatnya mungkin orang lain yg menyebabkan kita mendapat rezeki.

Berhentilah dari terus merasa orang lain nak berkongsi rezeki kita, tetapi merendah dirilah dgn merasa mungkin kita yg berkongsi rezeki dgn orang lain, mungkin orang lain penyebab turunnya rezeki kpd kita. Jadi dgn itu kita tidak akan bakhil, liat utk bersedekah, berinfak...

Wallahua'lam

Surah Al-Baqarah Ayat 268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

POKET KOSONG

*_Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan:_*
إحذروا *الكيس المثقوب*

*Hati-hati dengan poket yang kosong*

" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' *كيس مثقْوب*
Engkau telah berwuduk dengan sebaik2 wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) *poket kosong*

" تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم *كيس مثقْوب.*
Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti)
*poket kosong*

تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم *كيس مثقْوب*
Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahm, (jelas itu adalah) *poket kosong*

تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن *كيس مثقْوب*
Engkau sabar dengan haus dan lapar,  tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) *poket kosong*

" *تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس* "لكـن .. العطر فواح *كيس مثقْوب*
Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) *poket kosong*

تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه *كيس مثقْوب*
Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu *poket kosong*

أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى..
*يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران* .
Pada akhirnya *kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong,*kamu mengumpulkan dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula.
Ya Rabb, kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

Tuesday, May 2, 2017

3 WAKTU DILARANG MANDI

1. 30 Minit Setelah Solat Asar.
2. Setelah Maghrib.
3. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
Pertama :
30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
Kedua :
jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh di masuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
Ketiga :
Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞

Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KARENA INI TIDALAH PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui