Ustaz Shahril Long, seorang pendakwah terkenal, ketika menziarahi saya di rumah kelmarin, menyebut satu hadis mengenai dua beradik yg datang bertemu Rasulullah. Saya kongsikan di sini.
Dalam Sunan At-Tirmidzi dikisahkan,
كَانَ أَخَوَانِ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِى النَّبِيَّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْآخَرُ يَحْتَرِفُ، فَشَكَا الْمُحْتَرِفُ أَخَاهُ إِلىَ النَّبِيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ
“Ada dua orang bersaudara di zaman Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam, yang seorang datang kepada Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam (untuk belajar), sedangkan yang seorangnya lagi bekerja (menanggung nafkah saudaranya). Maka orang yang bekerja ini mengeluhkan kepada Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam tentang saudaranya. Nabi pun bersabda, “Boleh jadi kamu diberi rezeki karenanya (ia menuntut ilmu agama).”
HR. At-Tirmidzi no. 2345,
Maksud hadis ini menceritakan dua beradik, yg seorang sedang menuntut dan yg seorang bekerja menyara yg menuntut ilmu. Yg bekerja inilah yg mengadu kpd nabi seolah terasa kurang berpuashati, tetapi nabi memberi jawapan mungkin rezeki yg diperolehi mereka datangnya kerana saudaranya yg menuntut ilmu.
Banyak orang yg berada dlm situasi hadis ini, ibubapa yg menanggung anak belajar, abang atau kakak yg menanggung adik belajar, bapa atau ibu saudara yg membantu anak saudara belajar, dan seterusnya. Jadikan hadis ini sebagai dorongan untuk kita terus membantu dan menginsafi bahawa mungkin rezeki kita diturunkan kerana kita membantu mereka.
Situasi yg ditunjuk dlm hadis ini boleh juga diluaskan kpd aspek lain. Majikan jangan merasa kita memberi pekerjaan dan pendapatan kpd pekerja kita, tetapi sebaliknya mungkin rezeki kita diberi oleh Allah menerusi pekerja kita, hakikatnya kita berkongsi rezeki dgn pekerja kita.
Allah beri rezeki pekerja dan anak pinak mereka menerusi usaha niaga kita, maka berkongsilah kita dg pekerja, bayar upah dan gajinya seperti dijanjikan dan berilah bonus sebagai tambahan berkongsi rezeki dari Allah. Jangan menyombong diri seolah pekerja yg menumpang rezeki kita, mungkin kita yg menumpang rezeki mereka, jd jangan tamak, jangan polok semua hasil dlm mulut kita shj.
Jika kita pegawai tinggi, jangan mendabik dada dan sombong kpd pekerja bawahan kerana rezeki kita mungkin diturunkan kerana pekerja bawahan kita, bukan kerana kepandaian kita, ijazah berjela. Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ
“Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki karena (berbuat ihsan) kepada kaum dhu’afa (orang-orang lemah) di antara kamu.”
HR. Bukhari
Jika seorang guru atau ustaz, jangan dihina, diherdik, dihukum pelajar berlebihan kerana mungkin rezeki kita diturunkan Allah kerana pelajar yg kita mengajar, kerana mereka nak belajarlah kita ada pekerjaan.
Jika anda doktor, rezeki anda mungkin kerana adanya pesakit. Jika seekor kucing jalanan menumpang tidur di koridor rumah, janganlah dihalau, dipukul, tetapi berbuat baiklah kpdnya kerana mungkin ia penyebab Allah turunkan rezeki kpd kita, jika burung bersarang di bumbung rumah biarlah ia menumpang berteduh kerana mungkin Allah beri perlindungan kpd kita kerana burung tersebut.
Ingatlah, Allah Ta’ala berfirman,
وَمَآأَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Saba’: 39)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ ، فَيَقُوْلُ أَحَدَهُمَا : اللَّهُمَّ أَعطِ مُنْفِقاً خَلَفاً، وَيَقُولُ الآخَرُ : اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكاً تَلَفاً
“Tidak ada satu hari pun, di mana seorang hamba melalui pagi harinya kecuali dua malaikat turun, yang satu berkata, “Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang berinfak”, sedangkan malaikat yang satu lagi berkata, “Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang bakhil.”
HR. Bukhari dan Muslim
Saya nak mengajak anda merenung diri kita secara melihat di sebalik kebiasaan, jika selama ini kita berfikir diri kitalah menghasil rezeki dgn kepandaian, kepakaran dan usaha kita, mari kita lihat hakikatnya mungkin orang lain yg menyebabkan kita mendapat rezeki.
Berhentilah dari terus merasa orang lain nak berkongsi rezeki kita, tetapi merendah dirilah dgn merasa mungkin kita yg berkongsi rezeki dgn orang lain, mungkin orang lain penyebab turunnya rezeki kpd kita. Jadi dgn itu kita tidak akan bakhil, liat utk bersedekah, berinfak...
Wallahua'lam