Sunday, July 2, 2017

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum

Persediaan diri yg perlu dilakukan sebelum kematian.

Apabila kiamat kelak, Allah akan tanyakan apa yg telah kita LAKUKAN dan apa yg telah kita LALAIKAN.

Maka itu
Janganlah sesekali kita melakukan keburukan,  walaupun keburukan itu kita berjaya sorokkan dari pengetahuan manusia lain tetapi hakikatnya Allah Maha Mengetahui dan anggota badan kita menjadi saksi.

Jangan suka membuang masa dengan perkara sia-sia dan melalaikan  sehingga perkara utama menjadi sampingan manakala perkara sampingan dilayan sampai membuang banyak masa utk kita beribadat dan mengingati Allah

Contohnya dlm kehidupan harian kita layan banyak masa membaca fb, telegram, dll... sehingga berjam-jam setiap hari, namun kita gagal membaca al Quran walau sebaris sepanjang hari   (walaupun Allah janjikan membaca 1 huruf al quran pahalanya 10 X ganda) Kita sebenarnya gagal dlm ujian Allah dlm menetapkan keutamaan fikir-fikirkanlah

Sesungguhnya berfikir sejenak lebih baik dpd melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu

Surah Adz-Dzariyaat  Ayat 56:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Surah Maryam  Ayat 39:

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan berilah amaran  (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.

Surah Al-Qiyaamah  Ayat 1:

لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ

Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Surah Al-Qiyaamah  Ayat 13:

يُنَبَّأُ الْإِنسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah LAKUKAN, dan apa yang ia telah LALAIKAN.

Surah Al-Qiyaamah  Ayat 14:

بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ

Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

Surah Al-Qiyaamah  Ayat 15:

وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ

Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Doa utk dijauhkan dpd api neraka:

Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar

SELAMAT BERPUASA ENAM DIBULAN SYAWAL.

Saturday, June 24, 2017

MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA MAMPU MENAHAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN AMAL KEJAHATAN

📌Tazkirah Ringkas

📑MOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA MAMPU MENAHAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN AMAL KEJAHATAN

Firman Allah SWT :

وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
[Surat Al-An'am 160]
‎Terjemahan :
"dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)."

📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti

Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com

Saturday, June 10, 2017

Remember that the first element of all change is awareness

Remember that the first element of all change is awareness. Watch yourself, become conscious, observe your thoughts, your fears, your beliefs, your habits, your actions, and even your inactions. Put yourself under a microscope. Study yourself. Once you are conscious, you can see your programming for what it is: simply a recording of information you received and believed in the past, when you were too young to know any better. You can see that this conditioning is not who you are but who you learned to be. You can see that you are not the “recording” but the “recorder.” You are not the “content” in the glass but the “glass” itself. You are not the software but the hardware.

Sunday, June 4, 2017

TAHUKAH ANDA? SOLAT JAMAAH.

**
___________________
🕌🚶🏻🏃🏻Sdh tahukah anda bahawa Rasulullah s.a.w tdk pernah meninggalkan sholat berjamaah, sejak sholat diwajibkan malam isra miraj hingga shalat terakhir dalam hidup beliau?

🕌🚶🏻🏃🏻 Tahukah anda bahawa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah sholat fardhu sendirian dan sentiasa berjamaah sehingga akhir hayat mereka?

🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa diantara mereka ada yg rela walaupun harus menyedekahkan hamba abdi mereka demi menebus shalat berjemaah yang telah tertinggal?

🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam hanya kerana tertinggal satu sholat fardhu berjamaah sahaja?

🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa bila anda sholat berjamaah maka sholat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa khusus utk shalat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti shalat setengah malam dan semalam suntuk?                                       
🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa org yg shalat subuh berjamaah, maka pada hari itu kehidupannya dalam perlindungan ​اَللّهُ ? Ertinya, bila mana ada org yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa krn begitu kritikalnya sholat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum sholat berjamaah adalah wajib?                                         
🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa dalam madzhab kita asysyafi'i sholat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga apabila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg sholat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semuanya krn meninggalkan berjamaah dan bukan kerana meninggalkan sholat?

🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa syaitan akan berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg sholat berjamaah?

🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa dalam suatu hadits, Rasulullah sempat mengancam bahkan Rasulullah mengancam kepada org yg meninggalkan sholat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

🕌🚶🏻🏃🏻 Tahukah anda bahawa sahabat Nabi Ibnu Mas'ud ra,pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yg  meninggalkan sholat berjamaah kecuali hanya org2 munafik tulen"?

🕌🚶🏻🏃🏻Tahukah anda bahawa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malah, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg berpanjangan yg tak terhingga?

Semoga Allah kurniakan hidayah Nya buat saya dan seluruh Ummat Nabi Muhammad SAW agar istiqamah menunaikan solat Fardhu secara berjamaah di masjid. Allahumma Aamiin.

#jomsolatdimasjid

Saturday, May 13, 2017

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum

BERHIJRAHLAH dpd kejahilan kpd kebijaksanaan, keburukan akhlak kepada kebaikan akhlak, lemah iman kpd kekuatan iman serta perkara-perkara positif yg disyariatkan Allah SWT. TINGGALKANLAH perkara-perkara keduniaan yg melekakan dan merugikan balasan akhirat kita seperti bersikap kejam, sombong, malas, khianat dan bermacam-macam lagi perkara negatif.

MATLAMAT AKHIRAT KITA SYURGA DAN PASTIKAN KITA PADA LALUAN YANG BETUL.

Surah Al-Hajj  Ayat 58:

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.

Surah Al-Hajj  Ayat 59:

لَيُدْخِلَنَّهُم مُّدْخَلًا يَرْضَوْنَهُ ۗ وَإِنَّ اللَّهَ لَعَلِيمٌ حَلِيمٌ

Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke tempat yang mereka sukai (Syurga), dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

BANYAKKAN BERISTIGHFAR
  memohon keampunan kpd Allah atas dosa yang kita lakukan.Istghfar terpendek yang biasa dibaca sebanyak 3x oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam selepas shalat:

“أَسْتَغْفِرُ الله”

“Astaghfirullah.” (Aku memohon ampun kepada Allah)

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَة

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.

Doa utk dijauhkan dpd api neraka:

Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar
Allah humma ajirna minan nar

Sunday, May 7, 2017

REZEKI KITA DITURUNKAN KERANA ORANG LAIN

Ustaz Shahril Long, seorang pendakwah terkenal, ketika menziarahi saya di rumah kelmarin, menyebut satu hadis mengenai dua beradik yg datang bertemu Rasulullah. Saya kongsikan di sini.

Dalam Sunan At-Tirmidzi dikisahkan,

كَانَ أَخَوَانِ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِى النَّبِيَّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْآخَرُ يَحْتَرِفُ، فَشَكَا الْمُحْتَرِفُ أَخَاهُ إِلىَ النَّبِيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ

“Ada dua orang bersaudara di zaman Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam, yang seorang datang kepada Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam (untuk belajar), sedangkan yang seorangnya lagi bekerja (menanggung nafkah saudaranya). Maka orang yang bekerja ini mengeluhkan kepada Nabi shallalllahu ‘alaihi wa sallam tentang saudaranya. Nabi pun bersabda, “Boleh jadi kamu diberi rezeki karenanya (ia menuntut ilmu agama).”
HR. At-Tirmidzi no. 2345,

Maksud hadis ini menceritakan dua beradik, yg seorang sedang menuntut dan yg seorang bekerja menyara yg menuntut ilmu. Yg bekerja inilah yg mengadu kpd nabi seolah terasa kurang berpuashati, tetapi nabi memberi jawapan mungkin rezeki yg diperolehi mereka datangnya kerana saudaranya yg menuntut ilmu.

Banyak orang yg berada dlm situasi hadis ini, ibubapa yg menanggung anak belajar, abang atau kakak yg menanggung adik belajar, bapa atau ibu saudara yg membantu anak saudara belajar, dan seterusnya. Jadikan hadis ini sebagai dorongan untuk kita terus membantu dan menginsafi bahawa mungkin rezeki kita diturunkan kerana kita membantu mereka.

Situasi yg ditunjuk dlm hadis ini boleh juga diluaskan kpd aspek lain. Majikan jangan merasa kita memberi pekerjaan dan pendapatan kpd pekerja kita, tetapi sebaliknya mungkin rezeki kita diberi oleh Allah menerusi pekerja kita, hakikatnya kita berkongsi rezeki dgn pekerja kita.

Allah beri rezeki pekerja dan anak pinak mereka menerusi usaha niaga kita, maka berkongsilah kita dg pekerja, bayar upah dan gajinya seperti dijanjikan dan berilah bonus sebagai tambahan berkongsi rezeki dari Allah. Jangan menyombong diri seolah pekerja yg menumpang rezeki kita, mungkin kita yg menumpang rezeki mereka, jd jangan tamak, jangan polok semua hasil dlm mulut kita shj.

Jika kita pegawai tinggi, jangan mendabik dada dan sombong kpd pekerja bawahan kerana rezeki kita mungkin diturunkan kerana pekerja bawahan kita, bukan kerana kepandaian kita, ijazah berjela. Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ

“Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki karena (berbuat ihsan) kepada kaum dhu’afa  (orang-orang lemah) di antara kamu.”
HR. Bukhari

Jika seorang guru atau ustaz, jangan dihina, diherdik, dihukum pelajar berlebihan kerana mungkin rezeki kita diturunkan Allah kerana pelajar yg kita mengajar, kerana mereka nak belajarlah kita ada pekerjaan.

Jika anda doktor, rezeki anda mungkin kerana adanya pesakit. Jika seekor kucing jalanan menumpang tidur di koridor rumah, janganlah dihalau, dipukul, tetapi berbuat baiklah kpdnya kerana mungkin ia penyebab Allah turunkan rezeki kpd kita, jika burung bersarang di bumbung rumah biarlah ia menumpang berteduh kerana mungkin Allah beri perlindungan kpd kita kerana burung tersebut.

Ingatlah, Allah Ta’ala berfirman,

وَمَآأَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Saba’: 39)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ ، فَيَقُوْلُ أَحَدَهُمَا : اللَّهُمَّ أَعطِ مُنْفِقاً خَلَفاً، وَيَقُولُ الآخَرُ : اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكاً تَلَفاً

“Tidak ada satu hari pun, di mana seorang hamba melalui pagi harinya kecuali dua malaikat turun, yang satu berkata, “Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang berinfak”, sedangkan malaikat yang satu lagi berkata, “Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang bakhil.”
HR. Bukhari dan Muslim

Saya nak mengajak anda merenung diri kita secara melihat di sebalik kebiasaan, jika selama ini kita berfikir diri kitalah menghasil rezeki dgn kepandaian, kepakaran dan usaha kita, mari kita lihat hakikatnya mungkin orang lain yg menyebabkan kita mendapat rezeki.

Berhentilah dari terus merasa orang lain nak berkongsi rezeki kita, tetapi merendah dirilah dgn merasa mungkin kita yg berkongsi rezeki dgn orang lain, mungkin orang lain penyebab turunnya rezeki kpd kita. Jadi dgn itu kita tidak akan bakhil, liat utk bersedekah, berinfak...

Wallahua'lam

Surah Al-Baqarah Ayat 268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.