Tuesday, July 26, 2016

KAEDAH GRUP QURAN DAILY

[7/26, 3:24 PM] mustapa omar QD: 📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚

*KAEDAH GRUP QURAN DAILY*

 Peluang khatam bacaan Al Quran / faham tafsir / tadabur Quran dengan cara mudah dan menyeronokkan dalam grup Whatsapp
 Admin akan nyatakan ayat2 untuk dibaca pada setiap hari. Biasa hari pertama baca Surah Al-Fatihah dan setiap hari berikut 1 mukasurat atau kurang
 Ayat2 ini dibaca oleh setiap ahli grup secara sendiri2, dimana saja dia suka dan tiada ahli lain yang dengar atau hadir.
 Tiada pertemuan bersemuka diperlukan.
 Bacaan tidak perlu diperdengarkan kepada sesiapa, baik secara realiti atau online.
 Bila ahli sudah baca untuk hari tu, dia lapurkan pada grup dengan 📚📚 atau ikon yang akan ditetapkan.
 Admin atau ahli2 boleh share ayat2 Quran lain atau hadis sahih yang menerangkan ayat2 yang sedang dibaca.
 Matlamat grup ini ialah supaya ahli membentuk tabiat membaca Al-Quran dan istiqamah membaca dan memahami dalam serba keadaan.
 Bagi ahli yang sukar untuk istiqamah dalam membaca Quran, mungkin kaedah ini dapat membantu.
 Bagi ahli yang tiada masalah dan faham Quran dapat membantu memberikan kefahaman kepada grup insyaaAllah.
 Usaha ini insyaaAllah kita lakukan ikhlas kerana ingin mendampingi Al-Quran dan mengambil pelajaran daripadanya dalam usaha mendekatkan diri kita kepada Allah swt.
 Ini bukan kelas membetulkan tajwid. Ini grup membentuk tabiat baca Quran & terjemahan secara setiap hari. Matlamat utk dekat & berdamping dgn Quran & faham, hayati & amal.Walau bagaimana pun peserta adalah digalakkan belajar dgn berguru untuk memperbaiki bacaan.

📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚
[7/26, 3:32 PM] mustapa omar QD: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh sahabat yg saya kasihi.

🌻 *PEMBUKAAN GRUP BARU QD* 📚

🌸 Alhamdulillah setakat hari ini,  26 Julai 2016, kita sudah ada sebanyak 37 grup Quran Daily muslimat yg kesemuanya berjumlah lebih 2,000 sisters dan 9 grup QD muslimin yg seramai hampir 400 brothers.

🌸 Kini tiba masa kita buka grup baru bagi memberi peluang kpd lebih ramai sisters dan brothers utk baca, faham dan amal Al-Quran bersama dalam Quran Daily.

🌸 Saya mohon kerjasama sahabat semua untuk war2kan kepada sedara mara dan rakan2 yg ingin menyertai :

📚QD muslimin
🌻QD muslimat

🌸 Mohon sahabat berikan nama penuh (bukan nama panggilan) beserta nombor fon yg ada WhatsApp kepada Admin grup masing2 atau boleh hubungi:

📚  *Sdra Arman +60193182000 utk QD Muslimin*

🌻 *Sdri Fauziah  +60133630276 utk QD Muslimat*

Semoga ada nilainya di sisi Allah azza wa wajalla.

Jazakumullahu khairan kathiro.

*Mustapa Omar, Quran Daily*

📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚⏲📚

No comments:

Post a Comment